PUBLICGOLD PUBLICDINAR SABAH SARAWAK LABUAN BRUNEI

Wednesday, August 3, 2011

Apa yang anda perlu tahu mengenai Jenis-Jenis Interest @ Faedah..

Tugas utama Bank adalah untuk memberi "loan" atau peminjam kepada orang ramai. 

Boleh dikatakan tiap-tiap bulan mesti ada saja staff Bank membuat panggilan terhadap telefon mudah alih saya..kenapa?? Mereka nak saya berhutang la tu :-)

Pada dasarnya pihak bank akan mengumpul dana untuk memberi pinjaman daripada simpanan yang telah dibuat oleh para penyimpan pada sesebuah bank tersebut. Perbezaan antara faedah yang diberikan kepada penyimpan wang dan faedah pinjaman yang dikenakan merupakan sumber keuntungan pihak bank.

Ingat...sebaik sahaja kita membuat loan, pada saat itulah Bank telah membuat keuntungan!!!

Antara jenis faedah yang ditawarkan oleh pihak bank adalah seperti:

1) Flat Rate atau Fixed Rate : Kadar ini kebiasannya digunakan oleh syarikat Kewangan untuk pinjaman perolehan kereta, rumah atau pinjaman peribadi.

2) Yearly Rests @ Berbentuk kadar tahunan. Kadar ini sering dikenakan terhadap peminjam apabila kita membeli barangan seperti barangan perabot, elektrik. Contoh yang lain adalah pinjaman perumahan yang dikenakan bagi pekerja sektor kerajaan.

3) Montly Rests @ kadar bulanan. Kadar ini sering dikenakan terhadap peminjam yang sering membeli rumah.

4) Daily Rests @ Kadar Harian. Kadar harian sebenarnya lebih menguntungkan kita sebagai peminjam. Kadar bulanan ini biasanya banyak digunakan oleh bank-bank tempatan di Malaysia. Walau bagaimanapun kadar harian ini secara khususnya digunakan dalam pengiraan pinjaman overdraf.

Di antara 4 jenis interest ini, YANG PALING BAGUS dan MENGUNTUNGKAN KITA adalah DAILY REST. Saya sendiri telah menggunakan pinjaman berdasarkan kepada Daily Rests.

Contoh:
1) Kad kredit - kadar harian tetapi kadar faedah 1.5% sebulan dari jumlah baki yang tinggal selepas minimum payment di jelaskan .... merugikan kita sebagai pengguna. 1.5% sebulan, kalau setahun 1.5% x 12 bulan = 18% ... :-)

2) Pinjaman peribadi- kadar tetap tahunan 7.0%.

3) Sewa beli kenderaan-Kadar tetap tahunan 3-4.0%

4) Pinjaman perumahan - Kadar faedah bulanan 8.0% ("foreign bank" ada yg bagi daily rest)

5) Overdraf - kadar faedah harian, BLR+1.5%, ada yang BLR-2% dan sebagainya. kadar tetap BLR sering kali diumumkan oleh Bank Negara. Yang ini kena tanya dengan Bank atau lihat pada website Bank Negara Malaysia.

Contoh pengiraan asas kadar interest ini adalah seperti di bawah:

Fixed Rate atau Flat Rate : Sebagai contoh, jika kita membeli kereta bernilai RM50,000 dan dikenakan faedah sebanyak 5% serta pembayaran balik selama 9 tahun...
maka, jumlah keseluruhan keseluruhan hutang adalah sebanyak RM50,000 x 5% x 9 tahun + RM50,000 = 
RM77,500, dengan bayaran bulanannya adalah RM672. Jumlah sebenar faedah terkumpul adalah RM22,500 ataupun 45% daripada jumlah pinjaman.

Kadar Tahunan atau yearly rests, dikira berdasarkan kepada baki KESELURUHAN setiap tahun pada akhir kiraan buku. Cth: Pinjam RM50,000 , faedah sebanyak 5% dengan bayaran bulanan RM672, maka jumlah bulanan yang perlu kita bayar adalah sebanyak 7 tahun 8 bulan, atau jumlah keseluruhannya sebanyak RM61,414 ataupun RM11,414 adalah dibayar sebagai faedah atau 22.8% daripada jumlah pinjaman.

Pengiraan kadar bulanan adalah dikira berpandukan kepada hutang keseluruhan pada akhir setiap bulan. Cth:, jika kita berhutang RM50,000, faedah 5% dan bayaran bulanan adalah RM672, hutang kita dapat diselesaikan dalam tempoh selama 7 tahun 4 bulan, atau jumlah keseluruhan sebanyak RM59,136. Jumlah RM9,136 adalah faedah atau sebanyak 18.2% peratus daripada keseluruhan pinjaman.

Kadar harian pula digunakan menerusi pinjaman overdraf. Cara ini digunakan kerana faedah dikira berdasarkan kepada baki harian keseluruhan pinjaman. Kadar ini lebih menguntungkan kepada kita kerana  apabila kita mempunyai wang, kita boleh membuat pembayaran dan mengurangkan jumlah faedah yang dikenakan. Jika dikira secara kasar hutang RM50,000, perbezaan faedah kadar BULANAN sebanyak RM50,000 adalah RM50,000 x 5% x 1/12 = RM208.33 berbanding kadar HARIAN RM50,000 x 5% x 30/365 = RM202.48. Penjimatan sebanyak RM2.85 dapat dikutip dengan menggunakan faedah kadar harian.


6 comments:

  1. kiranya klu kite nak habiskan payment keta lebih awal,sesia je lah kan...

    ReplyDelete
  2. Mrs MS: Kalau GUNA DAILY RESTS lagi awal lagi bagus...sebab interest berdasarkan kadar harian.. TETAPI kalau GUNA FLAT RATE atau FIXED Rate seperti personal loan dan pinjaman kereta yang lain, maka sesia je lah settle awal...bukan ade beza pun..baik duit tu..simpan kat ASB, withdraw tiap tiap bulan utk bayar hutang tu...at least ade interest compounding kat ASB tu. Harap saya menjawab soalan saudari.

    ReplyDelete
  3. bro tp masalah nya skang suma ka bank ada skim payment balik daily rest tu?mcm x pnah plak aku dengar tau..sowi,lemah skit brg2 gni ni..huhuhuhu..tq bro

    ReplyDelete
  4. Sorry, takde nama, sya tak jawab... huhuhuh

    ReplyDelete
  5. tq.. tp problem nya ..skrang susah mau jmpa bank yg mau guna daily interest... rugi la kata kan..ihihi

    ReplyDelete
  6. Daily Rests boleh digunakan untuk pinjaman kenderaan? Boleh bagi nama-nama bank yang menawarkan daily rests?

    Terima kasih

    ReplyDelete